Pengeluaran Tauhu busuk

Tidak seperti keju, proses pemeraman tauhu busuk tidak mempunyai formula yang ditetapkan untuk bakteria pemula; pelbagai variasi serantau dan individu wujud dalam pembuatan dan penyediaannya.

Kaedah tradisional menghasilkan tauhu busuk adalah untuk menyediakan air rendaman yang dibuat daripada susu peram, sayur-sayuran, dan daging; air rendaman itu juga boleh termasuk udang kering, Amaranth hijau, sawi, rebung buluh, dan herba Cina.[1] Penapaian air rendaman itu boleh mengambil masa sehingga beberapa bulan.

Kilang-kilang moden sering menggunakan kaedah cepat untuk pengeluaran besar-besaran tauhu busuk. Tauhu segar diperap dalam air perap yang siap untuk hanya satu atau dua hari, terutamanya untuk tujuan goreng atau rebus.[2] Proses ini hanya menambah bau untuk tauhu diperap dan bukannya membiarkan ia diperam sepenuhnya.